September 14, 2009

Lari di Dunia, Terima di Akhirat.

Oleh : Sdr. Faiz

Sudah agak lama rasanya penulis tidak mengemaskini blog ini. Mungkin kerana kesibukan penulis menguruskan hal-hal yang lain. Walaubagaimanapun, sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat dan keampunan dari Allah, penulis ingin mengajak pembaca berkongsi dalam menghayati surah di bawah agar ianya dapat dijadikan panduan dan ikhtibar kepada kita semua, InsyaAllah.

Allah telah berfirman di dalam Surah Az-Zumar ayat 69 dan 70 yang bermaksud:

"Bumi bercahaya dengan cahaya (keadilan) Tuhanmu dan buku (perhitungan) diletakkan dan nabi-nabi serta saksi-saksi dihadirkan, lalu diputuskan hukuman antara mereka dengan keadilan sedang mereka tidak dizalimi (ayat 69)

Setiap orang disempurnakan (balasan) amalan masing-masing sedang DIA lebih mengetahui apa yang mereka perbuat( 70)

Keterangan ayat : Ada orang yang berlaku zalim di atas dunia, seperti mencuri harta orang, merampas hak orang, menganiaya, menzalimi tetapi kerana tidak cukup bukti maka dia bebas dari hukuman. Adapun di akhirat, setiap orang akan dibalas menurut amalannya masing-masing, baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat.

Bagi diri penulis sendiri, jelas bagi mereka yang asyik cuba lari dari hukuman dunia, mahkamah dunia dan kesalahan di dunia, ingatlah bahawa kita tidak akan pernah @ sesekali terlepas dari hukuman ALLAH S.W.T. Jika kita menganiaya sesama ISLAM maka tunggulah balasan yang akan kita perolehi dariNya.
Justeru itu penulis ingin berpesan kepada diri penulis sendiri dan rakan2 sekalian. Ingatlah....

Renung-Renungkan dan Selamat Beramal.....

No comments:

Post a Comment