August 11, 2009

Nasib Melayu di Bumi Melayu

Oleh : Sdr. Faiz

Penulis begitu tertarik utk memanjangkan lagi artikel Dr. Redhuan Tee di dalam blog penulis. Biarpun artikel ini begitu pahit utk ditelan oleh sesetengah pihak, penulis melihatnya dari sudut fakta dan sejarah. Bangsa melayu sememangnya amat terkenal dengan sifatnya yg pemurah dan amat mudah bertolak ansur. Tidak dapat tidak, keharmonian dan keamanan negara Malaysia hari ini, yang terdiri dari pelbagai agama, etnik, bangsa dan budaya adalah kerana bangsa melayu itu sendiri (baca sejarah penubuhan Tanah Melayu). Walaupun penulis sedar, mungkin ada segelintir warganegara Malaysia yang lain tidak setuju dengan kenyataan penulis, namun penulis juga cukup2 yakin bahwasanya masih ada warganegara-warganegara Malaysia yang bukan berbangsa melayu setuju dengan pandangan penulis. Penulis bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik. Penulis hanya melihat dan cuba menganalisis sesuatu perkara yang berlaku secara ringan dan semestinya setiap isu yang penulis cuba bawakan di dalam blog ini, penulis cuba dapatkan fakta yang tepat terlebih dahulu.

Apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Redhuan Tee mmg banyak kebenarannya. Orang Melayu patut sedar tentang apa yang sedang terjadi sejak kebelakangan ini. Penulis sedih bilamana melihat pemimpin-pemimpin Melayu kita sendiri bercakaran sesama sendiri demi survival politik masing-masing. Kuasa mengatasi segala-galanya. Bila agama Islam dihina, sepatutnya seluruh pemimpin politik Melayu bersatu, buang perbezaan politik terlebih dahulu demi menegakkan syiar Islam di Malaysia. AllahuAkbar!!!!!!

Bacalah artikel yang ditulis oleh Dr. Redhuan Tee. Penulis kagum, seorang yang berbangsa cina dan beragama Islam boleh menghasilkan artikel yang begitu hebat dan lebih memahami Islam dari kita, Melayu yang mengaku dirinya ISLAM. Maka tidak hairanlah bila, artikel ini dikeluarkan, maka menyalaklah orang-orang diluar sana yang tidak bersetuju dengan artikel yang ditulis oleh Dr Redhuan. Dipanggilnya Dr Redhuan dengan panggilan-panggilan yang kesat lagi jijik, sama nasibnya dengan Dr Asri bila menyentuh perkara yg tidak berpihak kepada puak-puak mereka. Sudah terang lagi bersuluh, bagi penulis mereka berdua bukanlah ahli politik yang memihak kepada mana-mana individu. Pandangan dan tulisan mereka semestinya berpaksikan kepada fakta dan sejarah. MasyaAllah.

Kalau bangsa lain yang berbeza parti politik boleh bersatu bilamana memperjuangkan isu berkaitan kepentingan mereka maka kita, Bangsa Melayu perlu juga Bersatu demi mempertahankan hak Bangsa Melayu. Bersatulah (tidak kira anda parti politik apa.) orang-orang Melayu demi menegakkan Syiar ISLAM!!!!!

Klik di sini untuk Artikel Dr. Redhuan Tee