August 31, 2010

Kemerdekaan 53 tahun Malaysia

Oleh : Sdr. Faiz

Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-53. Erti kemerdekaan sebenarnya cukup besar. Bukan sahaja kepada Negara Malaysia, tetapi apa yang lebih penting, turut merangkumi pengertian kemerdekaan dari sudut Agama Allah (Islam) itu sendiri. Semoga sambutan kemerdekaan pada kali ini akan membuka satu lembaran baharu yang lebih baik, dari sudut yang lebih besar. Perpaduan ummah, tegaknya syiar Islam di negara ini umumnya dan umat Islam sejagat khususnya. Bersatulah kita menentang musuh2 Islam yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Ingatlah saudaraku, mempertahankan sesuatu adalah lebih sukar daripada mendapatkannya. Syiar Islam yang ada pada diri kita sejak saat kita dilahirkan di dunia ini patut kita pertahankan demi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Raikanlah kemerdekaan negara kita pada kali ini dengan rasa kesyukuran. Semoga Nur Islam sentiasa menyinari setiap kejayaan yang diperoleh. Di kesempatan ini juga, penulis berdoa agar pemimpin Islam bersatu padu, diberikan taufik dan hidayah dalam menegakkan Islam di bumi bertuah ini, BUMI MALAYSIA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Post a Comment